Monday, January 25, 2016

Koh Samui 4D3N Part 4 (FINAL)

Final day kat Samui ni, kitorang bangun awal pagi nak pusing-pusing naik motor. Kot-kot lah nasib baik jumpa kedai makan, bolehlah last kopek makan sebelum gerak ke airport. Pusing punya pusing, tak jumpa pun kedai yang bukak. Heyyy, dah pukul 8 kot! Korang nih meniaga pukul berapa? Haha... Nasib baik kami teringat nak singgah boxing stadium. Maka berlakulah pusingan buat kali keberapa entah. Haha....

Morning walk kat Chaweng Beach
Selfie wajib
Chaweng Road heading to nowhere
Boxing Stadium kat Chaweng

So, kan aku cakap kitorang bernasib baik terjumpa stall makcik ni. Memang sedap gila nasi kuning dia! Pulut ayam tu biasa la. Ayam goreng dia memang power! Tak rugi aku bawak  motor tawaf Chaweng Lake. Haha...

Tapau pulut ayam and nasi kuning sedap

Van royal coach pun datang menjemput kami di lobby hotel tepat jam 10.45pagi lalu kami pun tiba di jetty Seatran dalam 15 minit kemudian. Sampai kat jetty tu, korang kena beratur kat kaunter tau. Pergi tukar resit Ms Dao bagi tu dengan ticket dan sticker. Kalau tak, korang tak dibenarkan berlepas naik ferry.
Tak tahu lah mana nak tampal
The end of our backpacking trip to Samui

Berangan salah satu banglo tu kitorang punya 

Final shot sebelum kapal berlayar bersama kami

Begitulah berakhirnya kisah pengembaraan kami di Koh Samui. Kami tiba di Airport Suratthani jam 3.00petang. Ada 2 jam lagi sebelum boarding, bolehlah melantak nasi kuning tadi. Haha... Kesimpulan untuk trip ni, 4 hari adalah tak cukup. At least korang kena pergi 5 hari untuk fully utilised your trip. Sebab? Travelling je dah habis separuh hari. Unless korang beli tiket flight direct to Samui. That would be easier a lot! So, kami dengan ini memasang impian untuk repeat Koh Samui dengan syarat, kami dah tawan northern part of Thailand. Haha...


Total Expenses Day 4:
Pulut ayam, nasi kuning =  RM11.00 (90THB)
Drinks kat airport = RM15.60 (130THB)
Total Day 4 = RM26.60


Jumlah kehangusan ialah  RM1318.65 all in untuk 2 orang. Mahal sikit sebab duit kita jatuh. Kalau nak lagi jimat, boleh tidur kat hostel/ dorm. Atau sila book hotel anda seawal yang mungkin.

Day 1 = RM461.15
Day 2 = RM764.65
Day 3 = RM66.25
Day 4 = RM26.60

Sekian, semoga bermanfaat!


Thursday, January 21, 2016

Koh Samui 4D3N Part 3

Angthong tour harini bermula seawal jam 7.30pagi. Kami dijemput oleh sebuah van yang kemudian membawa kami ke jetty. Dari sana, kita akan naik ferry besar selama lebih kurang 1jam45minit ke Angthong Marine Park!

Menunggu

Nathon Pier

Destinasi pertama, viewpoint! Sebelum mula trekking, kita kena transfer boat ke pantai. Lepas tu, baru start trekkinng 500m untuk ke 4 viewpoints. Tapi, kami semua tak fit, so panjat sampai yang ketiga je. Yang keempat tak sempat. Masa dah time. Haha

Transfer dari ferry ke pantai

1st viewpoint

2nd viewpoint

3rd viewpoint

Selepas hampir 2 jam kat sini, kami bergerak ke Emerald Lagoon pulak. On the way ke sana, kami lunch siap-siap dalam ferry. InsyaAllah, halal. Bagi yang berkayak, korang akan berkayak dulu. Bagi yang tak ambil kayak macam kami, boleh terus panjat viewpoint kedua atau snorkelling kat tepi pantai. So kami pilih memanjat. Alhamdulilllah, kali ni panjat tangga. Bukan trekking. Haha...

Tingkat pertama
The sea from the top
Panorama view

Kalau korang gayat, bolehlah mengelat macam aku. Haha... Kalau berani, sila teruskan sampai habis. Siap memanjat, kami lepak bawah pokok kelapa menikmati indahnya alam ciptaan Allah. 

Di bawah pokok kelapa

Kami dah legam

Its time to go back

Trip ni berakhir lambat. Kitorang expect pukul 5petang tapi kami sampai hotel pukul 6.15petang. Dah nak sunset dah. Tak dapat jalan-jalan. Sobsss...

Aktiviti malam, dinner kat Faria. Okay nak buat review sikit. Antara 3 kedai yang kitorang pergi, Faria lah yang paling tak berapa. Bolehlah makan tapi so-so je. Total dinner kitorang adalah 380THB. 

Lepas makan, acara wajib sebelum menutup tirai trip Asean.... MASSAGE! Serious korang kena pergi sebab massage kat tempat macam ni murah gila! Korang nak spa pun sangatlah digalakkan. As usual, kitorang pilih package foot-shoulder-neck massage. Sejam cuma 250THB seorang. 


Total expenses for day 3:
Dinner = RM 46.75
Massage = RM61.50
Total Day 3 = RM66.25


Koh Samui 4D3N Part 2

Pagi ni kitorang bangun awal. Peduli apa tak cukup tidur semalam. Yang penting aku nak pusing satu pulau sampai legam. Haha... So pukul 6.30pagi kami dah siap mandi, keluar pergi 7Eleven beli Coco Crunch untuk sarapan. Tu je yang halal yang tekak kitorang mampu telan. 

Lepas makan, kami lakibini berdiskusi. Tiba-tiba suami bagi idea nak pergi Angthong harini. Jimat duit teksi! (Padahal hotel malam ni 6minit je jalan kaki. Haha) So aku pun text Ms Dao. Ms Dao ni agent Phantip. Masa korang naik bas dari airport tu, dia akan round satu bas jual pakej macam-macam. Macam kitorang yang kedekut ni, kitorang nak fikir dulu, so dia pesan nanti call dia kalau nak beli. Sebab dia tak ikut bas tu sampai ke jetty. Dia turun somewhere I dont know where. Haha... 

Actually, aku dah save no Ms Dao tu lama dah. Dapat dari geng backpacking jugak. Cuma kan aku dah terlupa pasal trip ni, so aku pun takdelah message die before pergi. So to cut the story short, aku text dia pukul 7.15pagi. Dia cakap pakej dah full. Sebenarnya aku rasa tak full tapi mungkin van yang kutip orang kat area Chaweng dah gerak. Takkan die nak charter van lain untuk kitorang 2 orang ni. So kitorang book trip ke Angthong untuk hari Isnin. Kalau korang nak kayak, harga adalah 1300THB. Tapi kami kan cacat sementara. Tangan tak kuat nak paddle. Takpelah. Dah puas kayak kat Krabi. Haha... Sedapkan hati. and kitorang book jugak siap-siap transfer ke airport Suratthani dengan dia untuk balik nanti. Senang tak payah pening kepala fikir.

Angthong Tour = 1100THB sorang 
Total Angthong Tour = RM270.60

Airport Transfer = 700THB sorang
Total Airport Transfer = RM172.20

So lepas kecewa, kitorang pun angkutlah beg nak pindah hotel. Di sinilah terjadinya cerita kelakar ditipu Soengthaw. Haha... Tapi aku tak nak cerita banyak. 2jam selepas puas meronda, baru kami sampai hotel. Eh, semalam cakap 6 minit apesal jadi 2jam? Diamlah. Aku rasa nak gelak je ni. Haha...

Dalam soengthaw menuju ke hotel seterusnya

So kitorang book 2 malam kat Chaweng Beach Hotel. Memang strategik gila hotel ni. Depan Outlet Village Samui, 2 minit jalan ke pantai. Tapi aku nasihatkan sila book awal. Harga lebih murah. Banyak korang jimat. 

2 malam kat Chaweng Beach Hotel = RM 179.20

Tepat jam 10.30pagi, aku ajak husband merempit pusing pulau. Sewa motor memang melambak. Untuk kesenangan semua orang, aku sewa sebelah hotel. Senang nanti nak pulangkan. Tak perlu menapak jauh.

Sewa motor 1 hari = 150THB = RM18.45

Sebelum nak mulakan perjalanan merempit di negara orang, aku nak cadangkan korang download apps HERE lepas tu siap2 download map Thailand. Nanti aku  buat 1 post macam mana nak memudahkan korang pakai apps ni. Sekarang aku nak cerita pasal aktiviti merempit dulu. 

Destinasi pertama kami, Lad Ko Viewpoint. Tempat ni terletak kat Lamai Beach. Dalam 20minit merempit, sampai lah kat sini. FREE je masuk. 

Lad Ko View Point
Kasi can kat orang patah tangan

Destinasi kedua, Silver Beach!

Beautiful not-so-private beach



.Next, HinTa HinYai! Aku pun tak faham kenapa tempat camni pun  boleh dikomersialkan. Haha! Tapi the view was superb! View lain bukan view batu tu. Choi! HinTa HinYai ni jugak dikenali dengan nama GrandFather & GrandMother rock. Asal kejadian sama macam si tanggang la, lebih kurang. Batu tu dikatakan menyerupai anggota sulit atok dan nenek. Hahaha... Kalau nak tahu lebih, korang google lah sendiri. Oh, sebelum aku terlupa. Nak masuk sini kena bayar parking motor 10THB tau.

Hin Ta! 



Seterusnya, kami ke Lamai Viewpoint. Tapi disebabkan perut berkeroncong, kami patah balik. Lapar weh! Mana tahan makan megi je malam tadi. Aku ni dah lah perut dinosaur. Kang laki aku kena telan, sape nak teman aku? Haha, so kitorang pun merempit ke Restoran Kg Melayu, Lamai. Total untuk makan tengah hari ialah 220THB.

Nasi Paprik Kg Melayu Samui

Lepas makan, kami ke Lamai Beach. Nak ke pantai ada banyak entrance. Korang susur jelah mana lorong sampai nampak pantai. Memandangkan perut tengah kenyang, kami ambil peluang bercinta di sepanjang pantai. Haha... Takdelah, kitorang jalan-jalan je. Dah sampai hujung, patah balik. 

Lamai Beach



Korang jangan tengok yang bukan-bukan

Masa on the way nak cari Pantai Lamai tu, kitorang ternampak stall pancake! Kalau korang pernah sampai kat Krabi, mesti korang pernah makan. Mesti korang rindu nak makan pancake. Haha... So, kami pun singgah melayan tekak. 

Banana Nutella Pancake!

Stall ni depan Family Mart kat area Lamai Beach

Next, kami ke Fisherman's Village kat area Bophut. Kalau ikut signboard, kami ambil the shortcut to get there. Lepas merempit dalam 15-20minit kami pun tiba. Malangnya, langit dah mula gelap. Hujan pun dah menitik halus-halus. Aku cakap kat suami, kita redah je. At least kalau tak sempat takdelah kempunan nak datang sini. Haha.... 

Ini bukan nelayan, ini minah rempit

So back to the hotel, solat semua dan berehat. Lepas segarkan badan, kami pun keluar bercinta kat Chaweng beach. 

Chaweng Beach
Kalau korang banyak modal, bolehlah candle light dinner sini
Posing si teleng

Malam kami dinner kat Fareast Restaurant. Dekat area Central Festival. Nama je restoran, tapi kayak warung je uols. Hehe... Dinner untuk 2 orang dalam 210THB. Okay jugak, not bad. Boleh layan. 

Fareast Restaurant

Nasi Putih Daging Masak Daun Basil, kat KL panggil pakapau

Acara kemuncak malam ni, menonton persembahan pondan-pondan! Haha! Aku malas nk bebel panjang, aku cuma nak bagitau korang tak payah bayar entrance fee kalau masuk Starz Cabaret ni. Korang cuma kena beli soft drinks yang berharga 220THB bersamaan RM27.05 setin! Haha, kalah beli coke kat hotel 5 bintang! Nah, tengoklah korang lady boy Siam!








Total expenses for day 2:
2 malam kat Chaweng Beach Hotel = RM179.20
Angthong Tour = RM270.60
Airport Transfer = RM172.20
Sewa motor 1 hari = RM18.45 (150THB)
Isi minyak = RM9.80 (80THB)
Lunch = RM27.05 (220THB)
Parking HinTa = RM1.25 (10THB)
Banana Nutella Pancake = RM6.15 (50THB)
Dinner =  RM25.85 (210THB)
Starz Cabaret = RM54.10 (440THB)
Total Day 2 = RM764.65


Wednesday, January 20, 2016

Koh Samui 4D3N Part 1

Assalamualaikum,

Atas permintaan beberapa orang sahabat, aku nak share serba sedikit pasal trip terbaru kami ke Koh Samui, Suratthani. Pengembaraan kami kali ni hanya untuk 4 hari. Nak sambung hari ke5 tengok tiket rasa nak cekik pasangan. Haha... So here goes our first trip for 2016! (Drumroll....)

Sebelum aku mula membebel bagi pihak suami isteri, izinkan aku share pasal tiket pergi dan balik dulu. Awal bulan 11 haritu, aku berjaya mengendeng encik suami untuk ke Koh Samui. Masa tu fikir 4 hari cukup dah. Tapi kalau korang jenis yang tak suka repeat tempat sama dan jenis yang nak pulun sakan, aku cadangkan minimum 4 hari kat Samui tak termasuk travelling okay! Since nama pun backpackers, kita mulakan dengan mencari tiket yang murah!

Return ticket KL-Suratthani-KL = RM59+RM67 per pax
So total ticket lakibini = RM252

Second, aku nak cerita pasal hotel. Actually aku ni bukan jenis yang suka meredah. Tapi entah macam mana aku termakan hasutan kawan-kawan geng backpacker untuk redah je Samui ni. So aku cuma book bilik untuk 1st night saja sebab kitorang dijangka sampai around pukul 9.30malam. Memang taklah aku nak dera suami aku menapak cari hotel. So untuk malam 1st kitorang stay kat Your Place, Chaweng Beach.

1 malam kat Your Place = RM57.85 (inc taxes)


Nak dijadikan cerita, sebelum Xmas haritu aku buat minor surgery. So 2 minggu aku mc dan minggu ketiga aku work from home. Makanya, aku lupa total pasal trip ni! Kalau tak boleh je masa melepet kat rumah aku buat research pasal Samui. T_T Nak menambah sedap cerita lagi. 2 minggu lepas aku operate, encik suami pulak patah tangan. Dah lah aku baru teringat pasal trip ni, suami pulak join nak cacat sementara. Lagi menguatkan niat aku untuk membatalkan je trip Samui. Hari Sabtu, flight kitorang pukul 4.00ptg ke Suratthani. Malam sebelumnya tu, aku dah tak senang duduk sebenarnya dok fikir nak pergi ke tak. Suami pun dengan machonya, book hotel untuk 2 malam seterusnya. Penguat alasan untuk meneruskan trip ni. Alhamdulillah, beberapa jam sebelum flight kami jumpa doc. Doc dah bukak bandage kat tangan suami dan bagi green light untuk travel. Padahal aku tak bagitau pun aku nak pergi Samui. Aku cakap nak holiday je. Hahaha.... 

Balik hospital, kami cari Money Changer berdekatan dan tukar 2500THB bersamaan RM307.50. Mahal wooo! Serius aku rasa tercekik! Tapi nak buat macam mana, tak sempat dah nak cari MC yang murah. Balun jelah. Settle semua, kami laju-laju ke Putrajaya dan naik KLIA Transit ke KLIA2. Spesies backpack tak payah check-in bag, selamba je masuk airport 45mins sebelum flight. Haha... 

Gambar wajib dalam flight

So flight ke Suratthani mengambil masa selama 1jam30minit. Kami sampai di airport Suratthani lebih kurang pukul 4.30pm waktu Siam. Beratur kat imigresen adalah 1 cabaran sebab speed dorang tak berapa nak laju. Aku dah gelisah dah ni takut terlepas  bas. Tak smemasal kena overnight kat Suratthani pulak. Alhamdulillah, seperti yang diberitahu kawan-kawan backpacking memang Phantip tunggu semua orang yang depart keluar. Baru depa jalan. Penat aku dengan suami berlari anak dalam tu. Haha....

Kaunter Phantip Travel dekat dengan pintu keluar airport

So, lepas korang settle imigresen pastikan korang cari kaunter Phantip Travel Agent. So far, dia je yang reliable and reasonable. Jangan fikir banyak, terus beli transfer ke Samui dengan Phantip. Jangan degil macam kami, konon nak adventure. Beli ticket sampai jetty Samui je. Hahaha... Meraban nak cari teksi kat situ. Lol. 

Harga full transfer dari airport Suratthani ke entrance hotel = 550THB=RM67.65

Dari airport, korang akan naik bas 2 tingkat menuju ke Donsak Pier. Perjalan memakan masa lebih kurang 1jam45minit bergantung kepada keadaan trafik. Sampai kat jetty, korang akan disuruh naik ke feri. Last ferry untuk flight petang ni adalah slow boat Raja Ferry. Bear in mind, ferry ni takde aircond tau. Haha... So korang tahan jelah duduk dalam tu untuk 1jam45minit yang seterusnya. Sampai di Nathon Pier, kalau korang dah beli full transfer, korang akan disuruh naik van mengikut area hotel korang. Kalau hotel korang kat Lamai, jangan korang naik van nak pergi Chaweng pulak. Sampai esok pun takkan jumpa hotel korang nanti. Lol.

Suasana dalam Raja Ferry

Dalam pukul 9.30malam, maka kami pun sampailah kat Your Place. Perut pun dah lapar. Malangnya, kat cafe takde makanan halal. So kami jalan ke 7Eleven berdekatan beli Instant Noodle cap Ruski. Okaylah. Dah  nama backpack, kenalah makan maggi! Eh? Haha...

Walaupun makan megi je, yang pentik romantik dik non

So kami lakibini melepak kat Your Place bar tepi pantai makan Ruski sambil layan lagu Reggae. Memang terbaik  bak hang! Sambil tu  jangan lupa mintak password wifi. Update family bagitau dah selamat sampai. Hehe...

So total perbelanjaan untuk harini:
Flight tickets (2) = RM252.00
1 malam kat Your Place = RM57.85
Full transfer Suratthani-Samui = RM135.30
Dinner 7Eleven = RM16.00 (THB130)
Dengar Reggae = FOC
Total Day 1 = RM461.15