Wednesday, February 4, 2015

Bali Part 2: Day 1 - Kisah Ulat Supir



Salam semua. Flight kami berlepas dari KLIA2 pada jam 4.20petang. 3 jam ya kalau nak ke Bali. So sampai kat Bali pada jam 7.20petang. (Waktu kat Bali sama macam Malaysia, GMT+8). We drove all the way from Rawang to Putrajaya Sentral and parked there. Kalau korang belum tahu, parking rate dekat sini jauh-jauh-jauh lebih murah daripada korang park kat KLIA2. Apa yang menarik lagi, parking kat sini adalah berbumbung. Nampaklah jugak 2 orang pak guard kat pintu masuk tu. Bolehlah nak sedapkan hati. InsyaAllah selamat.

Parking rate at Putrajaya Sentral

So dari Putrajaya Sentral tu, kami naik ERL ke KLIA2 dengan tambang RM6.20 sorang. Campur pergi balik dan parking tadi, masih murah dan berbaloi. So don't forget to plan your journey.

Sampai kat KLIA2, kami print boarding pass kat mesin AirAsia tu dan terus masuk boarding gate. Nak survey apa yang menariknya dalam KLIA2 tu! Dan nak cari tempat makan sebelum berlepas nanti.

Backpackers tak perlu check-in luggage! Haha...
Maka kami pun berlepas tepat ikut jadual dan sampai di Bali jam 7.30petang. Since kami tak ambil supir untuk pick-up di bandara, sebab rata-rata nak charge IDR100k. Gila apa RM30 tu! Dahlah dalam map tunjuk hotel tu dekat sangat dengan airport. Naik kereta tak sampai 10minit pun. Maka kami pun gigihlah menangkis serangan ulat-ulat supir yang dah menanti di luar Arrival Hall tu. I bagitau suami I, I nak redah je jalan sampai jumpa jalan besar and tahan teksi kat sana. Husband I yang first time jejak kaki kat Indo, tak berapa confident sangat nak follow my plan. So masa kami tengah on the way mencari-cari jalan keluar dari segala jenis ulat kat situ, nampak ada teksi turunkan passenger. So kami tanyalah boleh tak naik? Pakcik tu kata tak boleh ambil penumpang kat situ. Terus dia blah. *kecewa

Kitorang pun jalan lagi sampai ditahan seorang mamat ni. Dia offer nak  hantarkan ke hotel dengan harga IDR80k. I cakap mahal. Dia tanya nak berapa dan I dengan laju dan selamba jawab IDR30k. Boleh die gelakkan I lepas tu bagitau dekat kawan-kawan ulat dia cakap harga I mintak merapu. I terus geram, terus heret bag cari jalan keluar lalu celah-celah parking. Sampai je kat luar, I confuse mana satu jalan ke bandar sebab jalan tu ada divider. So kitorang pun lintas, dan tahan teksi dari jalan seberang. Tahu tak berapa je bayar teksi tu? IDR35k je uols! Iols rasa macam nak patah balik airport, sound si mamat ulat tu tadi! Hahaa....


So kami check-in hotel dengan bagi passport copy. Since payment semua dah settle, maka memudahkan lagi proses masuk bilik. Hotel Alron ni takdelah besar sangat. Just nice for backpackers.  Yang paling penting BERSIH! Toilet pun selesa. Perfect choice!

Kata honeymoon kan? Lol

Lepas letak barang, kami jalan kaki ke Alfamart berdekatan untuk beli roti dan snacks. Sebab esok takde breakfast kat hotel ya! Haha....


So, total damage untuk harini adalah IDR350k = RM100.10
Teksi ke hotel: IDR35k
Snacks@ Alfamart: IDR100k

Monday, February 2, 2015

Bali Part 1: Preparation

Salam semua. Seperti yang dijanjikan, I nak start the story-telling with apa yang diperlukan kalau nak ke Bali?

1. Flight ticket 
Benda paling pentinglah kiranya ni. Sebab tu jadi no 1. I dah start usha tiket bulan Jun lepas. Flight bulan Jan. So 5months in advance. I would say its quite cheap sebab so far usha tak pernah lagi semurah tu. So, plan your vacation as early as you can! ✈ 

2. Passport
Okay, since perjalanan ni dikira over the seas walaupun hanya kat Indo je, make sure passport anda masih valid 6 bulan dari tarikh balik. Contoh, balik dari Bali 24Jan. So passport kitorang punya expiry date mestilah 24Julai ke atas! Kurang daripada 24Julai, sila tanggung segala kesusahan nanti. Kalau ada 

3. Currency exchange
Beberapa bulan sebelum berlepas, rajin-rajinkanlah diri tengok exchange rate berapa. Waktu ni kami tukar IDR1juta = RM286. Takdelah murah sangat sebab tahun lepas pernah dapat RM256. Haha, tapi tu paling murah antara semua kedai yang kami survey. So kalau korang kat area KL ni, boleh try tanya money changer yang kat AntaraDuit, Ampang Park atau Vital Rate, Pavilion. 

4. Travel adapter
Okay, ni lagi satu benda penting lagi-lagi di zaman smartphone adalah suatu keperluan sekarang. So kalau dah guna phone dan power bank seharian, haruslah balik hotel nak cas kan? So jangan lupa bawak universal adapter. Kalau takde yang universal, make sure bawak ikut negara yang kita pergi. Kalau kat Indo, macam ni lah rupanya.

Plug pin di Indonesia

5. Hotel booking
Personally, kerja mencari hotel yang sesuai dengan budget backpackers ni amatlah digalakkan dibuat before hand. Maksudnya, kat Malaysia lagi dah buat. Basically, I akan ke website Trivago untuk bandingkan harga hotel. Untuk backpackers macam kami ni, I dah tetapkan budget RM150 maksimum untuk 1 malam. So, anything more than that lupakan jela. So for this trip, I book Alron Hotel, Kuta melalui AirAsiaGo for 3 nights. (Dekat dengan Kuta beach dan tak jauh sangat dari airport. Save duit teksi!) 

6. Proper attire
Okay, sebelum nak packing tu cuba tepuk dada tanya apa aktiviti yang korang nak buat bila dah sampai destinasi nanti? Kalau rasa nak berendam dalam swimming pool, kenalah bawak swimming attire. Kalau rasa nak pergi pantai, kenalah bawak pakaian yang mudah kering. Lagi 1, check cuaca sebelum pergi. Kalau ada kemungkinan hujan, boleh bawak jacket parka/ disposable raincoat. Kalau cuaca panas tingting, janganlah pulak korang bawak muffler scarf ye! Hahaha.... So for us, swimming attire and light clothes sebab cuaca kat Bali lebih kurang je macam sini. Cuma mungkin sejuk sikit kat Kintamani nanti. Sweater is a must sebab flight kami malam. Barulah lena nak tidur bila pakai sweater ye tak? 

7. Camera
Untuk yang freak nak capture semua moment di tempat orang, bolehlah bawa camera yang power sikit. Macam kami ni, mostly pakai camera phone je. So kami tak bawa camera lain. Lagi 1 masalah, malas nak gantung kat leher. Lagipun, handphone kan sentiasa melekat kat tangan. So anytime rasa nak ambil gambar, memang handphone lah pilihan yang paling tepat! Lagi 1, kami bawa small waterproof action camera sebab nak ambil gambar underwater masa seawalking nanti. Nak beli GoPro macam tak berapa masuk budget sangat. So 8ten is a good choice! (Nanti I buat review pasal camera cinonet tu ya!)

8Ten Action Camera, sunblock and sunshades

8. Itinerary and travel plan
Part ni rasa nak bebel panjang sikit. Kalau boleh rajinkan diri buat research, be it from google, blogwalking or tanya orang pasal tempat yang kita nak pergi tu. Buat study sikit pasal apa aktiviti yang menarik yang boleh kita buat kat sana. Takdelah sampai sana ternganga baru nak fikir apa nak buat atau bila balik Malaysia nanti menyesal tak tahu pun ada benda menarik boleh dibuat dekat sana. Walaupun  travel dengan budget tersepit, make sure you utilize the trip. Get to know the place, the people, the food and the culture there. So for our case, as usual the mastermind is me. Later after I have done, baru I present dekat suami what is the plan. Most of the time suami akan setuju sebab dia pun takde masa nak fikir. Haha!  So after you are done with the plan, make sure you punya plan tu handy. You boleh buat notes dalam phone or you can print out your travel plan. So for our first trip to Bali, we will cover the south part of the island. Northern part agak jauh sikit. Maybe next time? 

9. Ground arrangement
Kalau kat sana korang nak pakai supir, sila survey price range and apa pakej yang supir tu provide. Contohnya macam entrance fee, makan/ minum dan sebagainya. Mostly kalau kat Indo, makan/ minum tak termasuk. Oh, reminder. Majoriti penduduk kat Bali agamanya Hindu. Nak cari makanan halal takdelah susah sangat tapi LIMITED. So I cadangkan, carilah supir muslim. Senang sikit nak pergi tempat makan. Makanan padang is always the best choice sebab InsyaAllah halal. Kami hanya guna supir untuk ke tempat-tempat yang jauh. Kalau sekitar town  tu kami sewa motor je. Jimat dan mudah. Jangan risau, lesen memandu Malaysia adalah sah dan laku digunakan di sana. Jangan lupa pakai helmet ya!

10. Keep calm and enjoy your vacation!
Ingat, kita hanya mampu merancang. Allah yang tentukan segalanya. So kalau plan kita tak menjadi, jangan stress. Just follow the flow and enjoy your vacation!


Till my next entry for the full activities on what we did in Bali!


Sunday, February 1, 2015

Bali: Teaser

Salam semua. 

Sebelum I cerita lebih details pasal short trip to Bali recently dengan suami, nah enjoy dulu gambar-gambar kat bawah ni! 

Seawalking @Tanjung Benoa

Pasir putih @Pantai Pandawa

Sunset @Jimbaran sementara tunggu dinner

Gunung Batur, Kintamani

Okay, exciting tak? Kalau nak tahu lagi, kena tunggu next entry tau! I will cover the itinerary and of course the total damage of the trip. Stay tuned!

Didaaaa!