Friday, July 31, 2015

Krabi Day 3 Part 1

Sebelum kami tidur keletihan malam tadi, kami dah siap-siap sewa scooter dengan hotel. Sehari (24jam) THB150. Murah sikit kan berbanding kat Phuket? Macam biasa, tak termasuk minyak ya!

So pagi tu, selepas bersarapan roti dan susu yang kami beli kat FamilyMart sebelah hotel, kami memulakan perjalanan ke Emerald Pool. Macam biasa, tempat dah kami marked dalam apps HERE untuk memudahkan navigation di atas motor nanti. Sebelum memulakan perjalanan, macam biasa isi minyak dulu. First time kami tuang minyak dari vending machine. Rasa teruja nak lompat bintang. Haha, selalu masuk duit keluar air atau makanan. Ni keluar minyak. LOL.

Nak bukak seat cover pun mau ambil masa! Huh!
Selepas isi minyak, kami teruskan perjalanan. Dalam map dia cakap dah nak sampai. Pelik jugak sebab sebelum puasa pernah google agak jauh nak ke Emerald Pool ni. Jangkaan kami memang meleset! Agaknya ada orang saja je park Emerald Pool kat kampung dia. Hahaha, nasib baik ingat nama Siam pool tu. Terus search 'SA MORAKOT' dalam map! Ambik kau! 70km baru nak sampai! Kematu bontot duduk atas motor lama-lama. Hahaha, true enough! Memang lama. 2 jam lebih naik motor. Siap kena topup minyak lagi on the way tu. But the view there is awesome! Worth to spend some time there sebab dah jauh jalan. Masa kami sampai, baru pukul 9 pagi. Orang takde lagi. Senyap sunyi. Orang yang jaga kaunter tiket pun tak perasan kami nak masuk. Sampailah aku yang panggil dia nak bayar. Suprisingly, dia ingat kami ni local! Haha, tapi aku terlepas pulak cakap omputih. Rugi kat situ. Bayaran untuk local cuma THB20. Tapi untuk foreigner THB200. 10 kali ganda mahalnya! Dah masuk tu, ingatkan perjalanan kami dah selesai. Kena trekking lagi beberapa kilometer untuk sampai ke pool paling atas, Blue Pool.

Sedikit info pasal tempat ni:

Terletak di daerah Khlong Tom. Ada 3 lapisan pool kat sini. Yang paling bawah dipanggil Crystal Pool. Tak boleh mandi sebab sangat cetek dan berselut. Dikhuatiri ada quick sand.

Cantikkan?
Makhluk Tuhan sebelah kanan tu pun cantik jugak kan? Haha
Tingkat kedua adalah Emerald Pool. Kat sini adalah pool terbesar dan pelawat dibenarkan bermandi-manda. Sila berhati-hati sebab batuan kat tepi semua licin diselaputi lumut. Kat sini boleh nampak banyak anak ikan berenang-renang. Kat celah akak pokok, kat lopak-lopak air.

Nampak tak air warna hijau sesuai dengan nama Emerald Pool tu?
Selesai mandi-mandi, kami sambung lagi trekking ke kolam paling atas iaitu Blue Pool. Ikutkan hati tak nak naik dah. Tapi dah alang-alang sampai tu, takkanlah tak nak teruskan sampai atas. Lepas ni dah checked, tak payahlah datang lagi. Haha... Kat Blue Pool ni tak boleh mandi ya! Korang cuma boleh bergembira bertepuk tangan supaya air bubbling out from the pool. Hehe....

This is the Blue Pool!
Selesai trekking ke bawah, aku dah meroyan nak makan pulut ayam. Tadi on the way ke sini dah nampak dah. Tapi balik confirm Encik Suami malas nak seberang jalan. Jangan risau. Keluar je dari tempat tiket tu, ada banyak stall jual makanan. Ada 3 yang halal. Aku nampak pulut ayam, terus beli laju-laju. Suami pulak nak makan sate ayam. Rasanya? Aku bagi 3 bintang. Sedap jugak makan pulut dengan ayam goreng! Nak lagi sedap mungkin boleh tambah sos cili thai. Hihihi....

Matahari dah tegak atas kepala masa ni. Jam dah tunjuk pukul 11 lebih. Maklumlah, sini kan siangnya cepat macam Indo. So pukul 11 tu dah panas terik banjir ketiak. Since pergi suami dah rempit, aku offer la nak bawak motor tu balik ke hotel. Agak-agak tak larat, aku suruh la suami take over. Yang penting dah offer dulu. Haha! Nak dijadikan cerita, belum separuh perjalanan sesuatu terjadi! Sedang seronok aku merempit, pulas minyak laju-laju tetiba aku rasa motor berat. Aku buat dek je lagi. Tapi makin lama makin berat. Aku cemas. Lalu aku berhenti  di bahu jalan. Tanya suami, kenapa motor rasa berat. Rupanya tayar bocor. Memandangkan kami berdua kurus je, perjalanan diteruskan tapi slow la. Haha, kau ingat ringan macam kapas? Silaplah! Sudahnya, aku takut motor tu jahanam. Aku offer jalan kaki. Biar suami yang bawak motor bocor tu. Tengok, baik tak aku? Hahaha... Memang susah nak mintak tolong kat sana sebab kebanyakan orang tak faham English. Aku singgah satu kedai makan tanya mana kedai tayar, depa tak faham. Aku panggil dorang ke arah motor dan tunjukkan tayar yang kempis tu, dorang bagi isyarat jalan ke depan. Dah macam ayam dengan itik dah.

Kitorang pun apa lagi? Soronglah motor tu ikut jalan yang dorang tunjuk. Untuk pengetahuan, kiri kanan jalan tu hutan! Takde rumah seketul pun! Hahahaha.... Beberapa minit meredah jalan, disimbahi pancaran sinaran matahari yang panas, tiba-tiba ada pick up berhenti. Aku dah cuak. Takut kena pow! Aku bagitau suami, dan aku cakap takpelah. Kalau kena pow pun redha jelah. Janji kita berdua selamat. Rupanya yang berhenti tu Muslim Thai. Dia offer tumpangkan kitorang sampai ke kedai tayar. Jauh rupanya! 3km! Kalau sorong motor tu tadi, mau terbaring aku kat tepi jalan!

"Takpelah abang, biar ayang yang bawak motor"
Pakcik yang baik hati tumpangkan kami!
Penyudahnya, kami tukar tayar motor. Lepas tu balik hotel dan terlupa nak singgah ladang bunga matahari! Sedih! Sampai hotel, masing-masing kepenatan. So kami singgah makan dulu sebelum beradu. Haha, penat weh. Dahlah panas! Lari semua plan aku!

Beef Pad Thai terbaik!!!

Tuesday, July 28, 2015

Krabi Day 2

Semalam kitorang dah beli tiket minibus. Lupa pulak nak snap gambar resit. Perlu diingatkan, semua resit kena bagi kat orang yang datang pick up kita. So to be safe, ambillah gambar ya. Dalam 7.30 pagi tu, van pun sampai. Kami yang pertama naik van. So dalam 40  minit jugaklah van tu pusing-pusing pick up orang lain. Perjalanan ke Krabi mengambil masa lebih kurang 3 jam. So kalau tak cukup tidur macam kitorang ni, bolehlah membuta dalam van tu! LOL.

Snap gambar dulu depan hotel sebelum blah ke Krabi

Detik mencemaskan tiba bila kitorang tengok jam dah pukul 12 tengah hari tapi masih belum sampai pantai Aonang. Gamat! Dah janji dengan Mr. Chet  nak ambil 7 island sunset pukul 1 petang. Sempat ke tak ni? Serius memang aku nervous gila time tu. Takut tak sempat sampai on time. Rugilah nanti. Seharian tak buat apa. Nasib baik kitorang sampai hotel tepat jam 12.45 tengah hari. Ada masalah sikit masa nak check in. Bilik kitorang tak siap lagi. Bertambah gelabahlah aku. Mana nak solat jamak lagi. Nak simpan beg lagi. Tidakkkkkk! Tepat pukul 1 petang, bilik pun siap. Berlari-lari kitorang masuk bilik untuk solat. Selesai solat, pintu bilik diketuk. Receptionist tanya ada ambil pakej ke. Gelabah lari masuk tuktuk. Hahaha.... (Nasib baik kitorang bawak backpack je masing-masing. Senang nak lari-lari. Haha)

So tour 7 island sunset pun bermula. Sepatutnya, ada 7 island yang kita akan singgah. Tapi aku tak tahulah sebab bot rosak ke atau sebab dorang  ni auta ke, kitorang cuma singgah beberapa pulau je. First three islands tengok dari jauh je. Sobbbs. Pulau ke4, aku tak ingat nama. Tapi kami dibenarkan terjun snorkelling dari bot. Aku dan suami of course tak melepaskan peluang keemasan untuk berendam dalam air ni! Memandangkan dua-dua spesies tak reti berenang, life vest is a must! Kalau pandai berenang pun, tak salah ye kalau nak pakai. Lebih selamat tak gitu?

Its snorkelling time bebehhhh!
Tolong jangan tanya coral cantik ke tak. Kat sini ada ikan je. 
Nak dijadikan cerita, lepas semua naik bot kitorang stranded. Bot tak bergerak langsung. Aku pun tak terfikir nak tanya. Lantaklah. Haha... Kitorang sempat berkenalan dengan sorang mamat Muslim dari Bangkok. I'yub nama dia. Umur 22 tahun, masih belajar dan plan nak further kat Malaysia. So lepas ni bolehlah dia bawak kitorang ronda Bangkok pulak. Hehe. Tengah syok berbual, ada minah sepet naik atas tanya kenapa bot tak jalan. Barulah kitorang tau yang bot tu rosak and tengah tunggu replacement boat. Kami pun berborak. Cikgu English dari Korea, masih single dan umur 37tahun. Ada jugak hikmahnya bot tu rosak. Dapatlah borak dengan kawan baru.

Meet our new friend, I'yub!
Tup Island yang kena bayar 400THB kalau nak turun
Lepas tukar bot, kitorang ke Tup Island. According to Ai (boat guide kitorang), nak turun kene bayar extra 400THB untuk National Park fees. Baru je implement bulan lepas. Memang taklah kitorang nak spend 800THB untuk turun 15 minit je kan? Haha.. So next kami ke pulau tak ingat nama. Tapi kat sini dorang akan berenang ke arah batu, panjat batu tu dan terjun ke laut. Buatlah gaya apa pun. Nak somersault pun takde masalah. Hahaha... Lepas tu kami ke satu lagi pulau yang ada gua untuk snorkel. Lepas 45 minit, kami bergerak ke Phranang beach untuk BBQ dinner. Time ni matahari dah  nak terbenam dah. Pemandangannya, Subhanallah cantik sangat.

Sunset in Phranang Beach
Fireshow!
Lepas BBQ dinner, kami dihiburkan dengan fireshow. Si Ai tu pun sibuk jugak nak perform. Not bad jugaklah. And sebelum tour ni berakhir, kami singgah di satu tempat yang kita boleh tengok plankton yang bercahaya macam kelip-kelip. Serius cantik! Terkesima sekejap!

Malam tu, kami sampai hotel pukul 8.30 malam. Since masih kenyang lagi, kami pun tak keluar dinner. Kami cuma ke FamilyMart sebelah hotel tu beli pancake. Pancake Abdul Aziz, highly recommended! Jangan lupa singgah kalau datang Krabi! :)

Banana Nutella Chocolate Pancake dengan fruit shake!
Malam tu kami jalan-jalan sekitar Aonang dan tidur awal sebab esok nak berjalan jauh. So total damage untuk harini:
Hotel Aonang View La Villa: RM167.01 (3malam)
7 Island Sunset+BBQ Dinner: 1200THB
Pancake&Shake: 130THB
TOTAL = RM317.30

GRAND TOTAL DAY 1+2 
= RM189.10 + RM317.30
= RM506.40

Monday, July 27, 2015

Phuket Day 1

Salam semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Alhamdulillah raya haritu kitorang berkesempatan melarikan diri sekejap ke Thailand. Alang-alang suami dapat cuti lama, gunakan sebaik mungkinlah kan. Kitorang pun nak jugak merasa raya di perantauan, Hahaha...

Ok jom tengok apa yang menarik kat Phuket dan Krabi nih!

Flight ke Phuket awal pagi. Jam 7.25pagi dari KLIA2 dan sampai ke Phuket dalam 7.45pagi. Sampai je kat airport, lepas cop passport sila jangan lupa ambil free simcard untuk tourist. Korang cuma perlu topup sahaja untuk aktifkan internet. Tak guna sangat tapi perlu masa nak search information pasal mana-mana tempat.

Jangan lupa ambil simcard. FREE ajerrr!
Keluar je dari airport, korang ada 2 options untuk ke hotel. Boleh pilih sama ada nak naik minibus (of course lebih murah) ataupun taxi (mahal tapi private). So kami, selaku honeymoonbackpackers ni memilih untuk naik minibus dengan bayaran 180THB per person. Perjalanan ke Patong mengambil masa satu jam dan jangan terkejut kalau dorang berhenti kat travel agent untuk jual package kat korang. Kitorang nasihatkan tak payah beli kat situ sebab sepanjang jalan kat hotel nanti confirm lagi banyak travel agent yang jual package dengan harga murah. Korang just turun dari minibus tu dan confirmkan nama hotel yang dorang nak dropkan korang nanti. 

View memang cantik gila all the way to Patong. Especially bila dah lalu coastal road turun naik bukit. Cantik sangat! Tapi dah duduk dalam minibus tu, memang tak dapatlah nak ambil gambar. Try lah jugak, hasilnya hancur belaka. Okay, selepas sejam meredah jalan kitorang sampai pun ke hotel. Hotel terpilih kali ni adalah Chill Patong Hotel dengan kos RM43.31 yang aku dah booked awal-awal kat AirAsiaGo. Senang kalau dah booked and bayar awal. Tak payah nak leceh-leceh bayar nanti. Terus masuk bilik. Hehe...

Lepas check in, kami rehat sekejap sebelum keluar cari motor untuk disewa. Seharian kat Phuket ni memang kitorang naik motor jelah untuk meronda. Selesai sewa motor dengan harga 180THB, kitorang memulakan perjalanan ke Promthep Cape. Dalam map, dia cakap tak jauh. Tapi bila dah atas moto almost sejam merempit barulah kita sampai ke destinasi. Tapi sebelum jalan jauh, kenalah isi perut dulu. Lunch kat Saveena Muslim Food, depan masjid dengan total cost 160THB. 2 nasi goreng beserta 1 teh o ais dan 1 teh ais. So jom rempit!

Jangan lupa isi minyak ya. 2 liter 80THB. Nak lagi murah, sila ke stesen minyak.
Tempat pertama. Patong Beach!
Promthep Cape. Cantik sangat tapi panas. So tak lama pun kat sini.
Rawai Pier
Karon Viewpoint
From Windmill Viewpoint
Yanui Beach
Karon Beach

Dah puas meronda 3 jam atas motor, kami pulang semula ke hotel dengan misi nak cari minibus ke Krabi esok pagi. Kami dapat minibus dengan harga 550THB untuk esok pagi dengan Romlee. Transfer from/to hotel are included. Petang tu kami cuma lepak di pantai tengok sunset sebelum pusing-pusing di Bangla Road melihat pondan. Hahahaaa....

Sunset di Patong Beach
Dinner kami malam tu kat sebelah masjid. Nama kedai tak sure but a bit pricey. Dah nak habis makan tu, boleh pulak nampak tikus melintas kat dalam kedai. Kembang tekak deknon. Lepas dinner, kami berlegar-legar lagi kat Bangla Road nak tengok pole dance. Hahahaa....

Total damage for today:
Minibus to hotel: 360THB
Motor: 180THB
Minyak: 80THB
Lunch: 160THB
Snacks at 7Eleven: 100THB
Topup: 100THB
Minibus to Aonang: 1100THB
Dinner: 310THB
Hotel: RM43.31
TOTAL = RM189.10